Tuesday, October 12, 2010

orang itu "SAKIT HATINYA"...

“Jannah… salah ke lepasan ijazah kerja kerani kilang???” sebak sahabat aku mengadu. Hari itu, seawal pagi sahabat aku mengorak langkah pergi kerja untuk mencari rezeqi, tiba-tiba ada seorang ‘pakcik’ ramah menyapa dan tidak sisangka-sangka memerlinya, “tak kan la lepasan ijazah hanya kerja kerani kilang je…” Sadis benar ‘bibir’ pakcik itu, bak kata pepatah orang “mulut tak ada insurans”. Benarlah manusia ini sedang dirawan penyakit ‘sakit hatinya’ [aku cadangkan baca buku ‘Ubat Hati’ karangan Dato’ Dr. Norbahya, biar hilang penyakit hati tu…hi3…] Ini la realitinya manusia hari ini, pantang melihat ada yang tidak kena dengan kehidupan orang lain, ada sahaja yang ingin diperkatakan. Sibuk dengan kisah kehidupan orang lain, sibuk menjaga tepi kain orang, sedangkan anak dan isteri di rumah tidak pula dijaganya, tidak pula dipikirkanya. Apa pula kerja anak-anaknya? Adakah bekerja? Mungkin juga tidak bekerja? Jika bekerja, halalkah rezeqi yang didapatkan itu? Ke mana pula rezeqi itu dimanfaatkan? Terkadang manusia terlepas pandang akan hal-hal yang sebegini rupa. Adapun manusia yang bersikap sebegini rupa, suka memperlekehkan orang lain, bermakna dia marah dan kesal kepada sahabat aku kerana mungkin sahabat aku menggugguli dia dalam hal kebaikan, keilmuan, tindak-tanduk atau harta. Jelasnya, mungkin dia ingin melihat sahabat aku meninggalkan semua sifat terpuji dan nilai-nilai luhur yang dipegang selama ini. Oleh kerana itu, waspadalah terhadap apa yang orang ‘sakit hatinya’ ini katakan, kuatkan jiwa untuk mendengar perlian, kritikan, cemuhan dan hinaannya, bersikaplah laksana ‘batu karang’, tetapi kukuh berdiri walaupun diterpa ombak yang menderanya setiap saat dan ia justeru semakin kukuh kerananya. Maksudnya, jika sahabat merasa terusik dan terpengaruh oleh perlian atau kritikan itu , bererti sahabat telah meluluskan keinginan mereka untuk mengotori dan mencemarkan kehidupan sahabat. Padahal, yang terbaik adalah menjawab atau menindakbalas perlian itu dengan menunjukkan akhlaq yang baik. Acuhkan sahaja orang ‘sakit hatinya’, dan jangan merasa tertekan oleh setiap angkara mereka untuk menjatuhkan sahabat. Mengapa? Kerana perlian yang menyakitkan itu pada hakikatnya merupakan ‘penghormatan’ untuk sahabat. Bermakna, semakin tinggi pangkat dan jawatan ynag diduduki, maka akan semakin pedas pula perlian dan kritikan itu. Sahabat akan mampu menutup ‘bibir’ orang ‘sakit hatinya’ dan menahan gerakan lidahya. Yang sahabat mampu adalah ‘mengubur’ dalam-dalam setiap kritikan orang ‘sakit hatinya’, dan bersikap acuh terhadapnya. Memadai mengomentari setiap perkataan mereka sebagaimana yang diperintahkan oleh ALLAH di dalam firman-NYA ini : …matilah kamu dengan kemarahan kamu itu…[Ali ‘Imran : 119]. Hatta, sahabat juga dapat melawan perkataan buruk orang ‘sakit hatinya’ dengan diam seribu bahasa iaitu dengan cara memperbaiki akhlaq dan meluruskan setiap kekhilafan yang pernah kita lakukan. Tetapi apabila kita ingin diterima oleh semua pihak, dicintai semua orang, dikasihi oleh semua kenalan, dan dihindari dari perlian, kritikan, hinaan dan celaan, bererti kita telah menginginkan sesuatu yang ‘mustahil’ terjadi dan mengangankan sesuatu yang terlalu jauh untuk direalisasikan. Percaya atau tidak? Sedangkan RASULULLAH s.a.w, sesempurna makhluk ALLAH pun masih menerima kritikan dan cemuhan sepanjang dakwah Beliau. Apatah lagi kita ini manusia yang selalu tersungkur dan bergelimang kekhilafan yang tidak sudah. Berbalik kepada kisah awal tadi, apalah salahnya jika rezeqi sahabat aku itu baru setakat itu, mungkin dengan kerja yang pertama itu memberi dia pengalaman yang menjanjikan kerja yang lebih baik pada masa akan datang. Inikan yang bekerja pun menjadi momokan mulut orang, apatah lagi yang menganggur diluar sana? Bukankah kerja kerani ini lebih baik daripada tidak bekerja langsung? Daripada tidak mencuba langsung? Maksudnya, dalam masa yang sama, usahakan cari peluang kerja-kerja yang lebih baik, jangan pula tidak mencuba sama sekali. Apabila kita gagal setelah mencuba, bermakna itu tangga menuju kejayaan. Jika tiada usaha, mana mahu dicari peluang itu? Rezeqi tidak akan datang bergolek tanpa usaha. Pada pandangan aku, apa pun kerja yang kita lakukan hari ini, adalah lebih penting ianya menghasilkan rezeqi yang halal, tidak makan atau megambil hak orang lain dan bergantung pada ‘niat@nawaitu’ kita melakukan kerja itu samada untuk kepentingan dunia semata atau untuk ibadah (bekalan Akhirat). Apalah gunanya jawatan dan kerja yang mantap, namun rezeqi yang diperolehi berpunca daripada kerja-kerja haram dan mengambil hak orang lain. Lain pula kisahnya yang ‘kebanjiran rezeqi’, tidak tahu kemana rezeqi itu mahu digunakan? Adakah digunakan ke jalan ‘kanan’? Adakah digunakan ke jalan ‘kiri’? Tidak dapat dinafikan, ada juga yang menggunakan rezeqi yang melimpah ruah itu untuk berseronok dan mencari kepuasan dunia semata yang bersifat ‘kepuasan sementara’. Apa yang dimaksudkan dengan ‘kepuasan sementara’ adalah kepuasan yang diperolehi apabila hati ini terasa puas dengan kerja yang dilakukan, namun rasa puas itu hanya sekejap sahaja dan akan hilang ditelan masa. contohnya ialah tidak kira lelaki ataupun perempuan, ada yang membuat rawatan rambut dan muka untuk kecantikan dan ada juga yang sengaja untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Tidak dinafikan, kita perlu menjaga kecantikan atau kekacakan dan penampilan, namun haruslah berpada-pada dan ada tempat dan keadaan yang tertentu. Manusia akan merasakan kepuasan apabila ada orang yang memuji kecantikannya atau kekacakannya, tetapi sebenarnya itu hanya pujian semata, adakah bermakna kata-kata pujian itu? Mungkin hanya ‘kata-kata nak sedapkan hati’. Bukankah itu hanya bersifat sementara? Bukankah kepuasan yang dirasakan itu juga bersifat sementara? ini la realitinya hari ini, manusia bangga dengan pujian, tetapi marah apabila dimaki dan dicaci, kenapa harus begini keadaannya? Tepuk dada, Tanya la Iman… berpatah balik kepada cerita tentang rezeqi, apalah salahnya ‘kebanjiran rezeqi’ itu dibahagikan ke jalan yang bermanfaat, seperti menyedekahkan sedikit rezeqi ke rumah anak-anak yatim, rumah kebajikan wanita, ibu-ibu tunggal, orang-orang yang kurang bernasib baik dan orang kurang upaya (OKU). ‘Erti hidup’ adalah untuk ‘memberi’ kerana rezeqi yang kita perolehi hanya titipan sementara yang sebenarnya perlu dibahagiakan dan bukan untuk digunapakai dan melayan kepuasan diri sendiri. Tetapi banyak juga yang terlepas pandang akan hal ini, kerana pada mereka, “aku punya usaha, aku punya rezeqi, semua aku punya la… nak buat apa nak bagi orang lain? Untung la orang lain, dapat dengan senang…”. Pemikiran seperti ini perlu di ubah, bak kata pepatah “tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima”. Maka, mudah-mudahan kita akan menjadi orang yang sentiasa ‘memberi’ kepada orang lain. Di sini, kita akan lebih mengerti apa erti ‘Hidup Untuk Memberi’ [kenapa? Tak percaya? Cuba, try, test ye, hi3… nanti kau akan lebih mengerti kot… la3…] Rezeqi kita di dunia ini berbeza-beza, memang benar kita harus redho dengan nasib dan ketentuan yang ada, tetapi redho itu diletakkan setelah adanya usaha, usaha dan usaha. Ada pepatah mengatakan “Usaha tanpa doa itu sombong, Doa tanpa usaha itu bohong”. Maka, usaha dan doa perlu digandingkan seiring, jangan dipisahkan ia. Oleh kerana itu, kita perlu berusaha untuk mewujudkan hari esok yang lebih baik daripada hari ini. Tidak dinafikan, hari ini tidak mudah untuk mencari kerja yang bersusuaian dengan kelulusan sahabat –sahabat. Pada pandangan aku, jika belum ada rezeqi dengan kerja yang setaraf dengan kelulusan sahabat, tidak mengapa, jangan berputuas asa, usaha, usaha dan usaha lagi. Jika ada peluang kerja didepan mata, walaupun hanya kerja sebagai seorang kerani, ambil peluang itu, mulakan kerja daripada bawah, timba pengalaman terlebih dahulu. Percaya atau tidak, daripada pengalaman-pengalaman itu, sahabat akan lebih mengerti selok-belok ‘dunia kerja’, yang memang amat berbeza dengan ‘dunia kampus’. Tetapi, ada juga masalah dimana segelintir ‘Fresh Graduation’ masih memilih kerja, jika dilihat peluang kerja hari ini lebih kecil berbanding pelajar-pelajar yang menpunyai kelulusan tinggi selayaknya seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Ketidakseimbangan ini yang mengundang bertambahnya ‘penganggur yang bertauliah’. Ada yang berkata “tak kan la, aku ada Ijazah,ada Master, nak kerja biasa-biasa je, tak ‘glem’ la…”. Memang tidak dapat dinafikan, ye…amat benar, kerja-kerja yang ‘glem’ itu adalah ‘hak’ yang jelas kepada mereka-mereka yang mempunyai kelulusan tinggi. Namun, sebenarnya ada yang masih berpikiran cetek mengenai makna sebenar ‘segulung diploma’ atau ‘segulung Ijazah’ apatah lagi ‘segulung Master’ dan ‘segulung PHD’. Apabila bergelar sebagai mahasiswa atau mahasiswi di kampus, apakah sebenarnya yang diharapkan semasa dan setelah keluar dari dunia kampus? Adakah ‘laptop’ yang canggih? Adakah hanya mencari kenalan-kenalan baru? Ataukah mencari ‘couple’? Adakah majlis ‘convocation’ yang begitu mewah dan meriah? Adakah hanya segulung sijil yang diharapkan? Ataupun ilmu? Bukankah ilmu yang ditelaah itu lebih penting? Apa guna segulung sijil, bilamana satu hari nanti keluar dari dunia kampus, tidak dapat mengaplikasikan ilmu yang ditelaah bertahun-tahun dan menghabiskan duit pinjaman daripada kerajaan yang beribu-ribu, apatah lagi jika menggunakan wang pemberian mak ayah yang bekerja membanting tulang siang dan malam demi seorang yang bergelar ‘anak’. Apa gunanya sijil itu? Mana mahu dibawa jika ilmu yang ‘dibekalkan’ oleh pensyarah tidak ‘dimakan’ dengan tertib. Sedar atau tidak sedar, ‘Ilmu’ yang ditelaah itu lah yang lebih penting, tetapi aku tidak mengatakan ‘segulung sijil’ itu tidak penting. ‘Ilmu’ dan ‘segulung sijil’ itu perlu digarap seiring, agar tidak hanya mementingkan salah satunya sahaja. Begitu juga pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah, kebanyakan mereka dididik untuk mengejar gred ‘A’ dan lulus peperiksaan semata. Ye…benar, tidak dinafikan, begitu ramai anak-anak genius yang telah dilahirkan hari ini. Namun, ada perkara yang ‘tertinggal’ disebalik kegeniusan itu. Apakah? Pelajar-pelajar ini akan belajar semata-mata untuk mengejar gred ‘A’, Tetapi bukan belajar untuk ‘menghayati’ erti sebenar ‘Ilmu’ yang dipelajari itu. Misalnya, mata pelajaran Pendidikan Islam dipelajari dan dia berjaya mencapai gred ‘A’, tetapi ada segelintir pelajar-pelajar yang berjaya mencapai gred ‘A’ ini tidak menjaga waktu solatnya, tidak menjaga auratnya dan banyak lagi yang lainnya. Kemana ilmu Pendidikan Islam yang telah dipelajari? Bukankah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam itu sudah mengajar ilmu segalanya, tentang pahala dan dosa, mengucap Dua Qalimah Syahadah, kewajipan solat, puasa, sedeqah, penjagaan aurat dan bahkan apa yang halal dan yang diharamkan kepada seorang yang bergelar ‘Islam’. Islam… Padat… Lengkap segalanya, tertulis segalanya, ternukil segalanya, terang segalanya, tetapi mengapa kita masih tidak dapat melihat dengan dua biji mata ini? Masih tidak boleh berfikir menggunakan ‘Aqal’ pikiran yang waras? Dimana kekurangannya? Inti permasalahannya disini adalah ‘TIADA PENGHAYATAN’ tentang ilmu yang dipelajari selama ini. Kebanyakan hanya tahu belajar, belajar dan belajar, namun tidak pernah dihayati dengan hati apa makna sebenar akan ‘ILMU’ itu…


[ nukilanPena : nawaitwojannah_Tamrin @ Rabiul’awal29’1431h @ 150310 @ 12.11pm ]

No comments: