Hidupmu penuh dengan nikmat dari ALLAH
Kau masih sempurna
Ada mata boleh melihat
Ada telinga boleh mendengar
Ada mulut boleh bercakap
Ada kaki boleh berjalan
Sedangkan sahabatmu itu
Ada mata tapi buta, tak dapat melihat
Ada telinga tapi pekak, tak dapat mendengar
Ada mulut tapi bisu, tak dapat bercakap
Ada kaki tapi tak boleh berjalan
Ada sahaja kecacatannya
Tidakkah kau lebih sempurna daripada sahabatmu itu???
Namun kau tak tau bersyuqur
Kau masih sempurna
Ada ibu untuk menumpang kasih
Ada ayah untuk menagih sayang
Ada adik beradik untuk berkongsi masalah
Ada sahabat untuk berkongsi suka duka
Sedangkan sahabatmu itu
Ibu Ayahnya telah pulang ke RAHMATULLAH
Tiada tempat untuk menumpang kasih dan menagih sayang
Adik beradiknya entah kemana
Sahabat lain pula mengasingkan diri
Tidakkah kau lebih sempurna daripada sahabatmu itu???
Namun kau tak tau bersyuqur
Kau masih sempurna
Ada rumah untuk berehat
Ada makanan untuk mengisi perut
Ada minuman untuk menghilangkan haus
Ada pakaian untuk menutup aurat
Ada kasut untuk mengalasi kakimu
Sedangkan sahabatmu itu
Rumahnya hanya sebuah pondok kecil yang dibasahi oleh hujan
Dia mengikat perut dan menahan lapar
Tekaknya kering kontang
Pakaianya koyak-kayan dan lusuh
Kasutnya berlubang dan tapaknya haus
Tidakkah kau lebih sempurna daripada sahabatmu itu???
Namun kau tak tau bersyuqur
Kau masih sempurna
Ada peluang pergi ke sekolah
Ada kesempatan untuk menuntut ilmu
Ada beg sekolah yang menarik
Ada baju sekolah yang cantik
Ada alatulis yang banyak
Bekalan wang saku ke sekolah terlebih daripada cukup
Sedangkan sahabatmu itu
Ibu ayahnya tak mampu menghantarnya ke sekolah
Jagankan menuntut ilmu, menulis membaca pun dia tidak tau
Segalanya kerana kesuntukan wang
Apatah lagi berangan-angan memiliki beg, baju dan alatulis sekolah
Jauh sekali dari benak pikirannya
Ada pula yang ke sekolah tanpa wang saku
Menelan air liur kala melihat sahabat lain lahap menikmati juadah
Sungguh tabah sahabatmu itu
Tidakkah kau lebih sempurna daripada sahabatmu itu???
Namun kau tak tau bersyuqur
“Tepuk dada, Tanya la iman…”
[nukiLanPena : nawaitwojannah_Tamrin @ January13'10 @ 16.25pm]
No comments:
Post a Comment