Hari itu
aku lihat kau
Tegap berdiri selayaknya pemimpin
bersarungkan bakat
tidak layak untuk umur mudamu
namun berani kau galas…
Ingin sekali menyapa
Siapa kau?
tapi , siapalah aku mahu diperbandingkan bakatmu
bergelimang keramahan
bergelimang kenalan
kerendahan hati dahului keramahanku
aku surutkan niat sapaan itu…
Di dalam keramaian itu
Taqdir pertemukan aku dan kau semula
Segala perjalanan hidup urusan-NYA
Hari demi hari merangkak
Bulan demi bulan berjalan
Tahun demi tahun berlari
Aku hitung rangkakku bersama kawan
Aku susun jalanku bersama teman
Aku atur lariku bersama sahabat
Dari mulanya sebatas kawan
Kawan menjadi teman
teman menjadi sahabat…
Berbekalkan segenggam nawaitu
Pembimbing yang sejati
Aku sulam persahabatan ini
Segala permasalahan kehidupan dikongsi bersama
Hatta rahsiamu pun kau susun menjadi cerita dibenakku
Tanggungjawab tergalas tanpa disedari
Aku terima dengan hati terbuka
Aku ambil pengajaran dari kisah hidupmu…
Sahabat…
Kau ajari aku kematangan dalam berfikir
Tidak layak untuk seusiamu
Kau ajari aku erti kehidupan dari kisahmu
Kisah itu tidak heran untuk seusiamu
Kau ajari aku siapa kawan?
Siapa teman?
Siapa sahabat?
Bahkan siapa musuh?
Yang dasarnya memang berbeza…
Tika itu terluah perasaan
Tika itu terluah kata-kata
Ketidakpuasan hati yang aku pendam lama
Terpaksa dirungkai
Walaupun aku tahu akan terlerai persahabatan ini…
Andai luahan perasaan itu
Andai luahan kata hati itu
Andai luahan yang terpendam lama itu
Buat kau tersentak
Buat terlerai persahabatan ini
Maafkan aku wahai sahabat
Atas khilaf diri ini…
Aku rindu persahabatan yang dulu-dulu
Kau berani bercerita
Aku beri pandapat
Aku berani membetah
Kau beri pandangan
Dari sudut pemikiran yang lebih matang
Lebih dewasa…
Hari ini…
Tiada lagi senda gurau
Tiada lagi tangis tawa
Tiada lagi perkongsian ilmu
Tiada lagi perkongsian kisah hidup
Kau pergi jauh
Mengorak langkah mencari secebis azam baru
Aku jua menyusun perjalanan
Mencari warkah erti hidup yang sebenar…
Sahabat…
Ke mana kau pergi?
Ke mana kau hilang?
Aku terpalit akan segenggam nawaituku
Yang belum terlunas
Moga kau temukan secebis azam baru
Aku jua temui erti hidup yang sebenar
Doa seorang sahabat mengiringi langkahmu
Aku titipkan setisis air mata rindu
Yang teramat sangat…
****************************************************
kata-kata terakhirnya berlegar dibenakku...
"kita tidak boleh menjadi kayu pengukur pada diri sendiri,
kita hanya boleh mencermin diri sahaja,
selalunya orang lain yang akan menilainya..."
****************************************************
kata-kata terakhirnya berlegar dibenakku...
"kita tidak boleh menjadi kayu pengukur pada diri sendiri,
kita hanya boleh mencermin diri sahaja,
selalunya orang lain yang akan menilainya..."
[nukilanPena : nawaitwojannah_tamrin @ muharram20’1431h @ January06’10 @ 01.09am]
No comments:
Post a Comment