Wednesday, December 23, 2009

Perubahan...

Salam AidilAdha...

HIJRAH”… Apa yang dapat ditafsirkan daripada “Hijrah”??? Adakah Perpindahan? Perubahan? Anjakan? Pelbagai tafsiran dan pendapat yang timbul. Pada pandangan aku, apabila dilihat keadaan persekitaran dunia akhir zaman ini, mungkin ianya lebih terjurus kepada “perubahan” sikap dari yang tidak baik kepada baik dan dari sikap yang baik kepada yang lebih baik daripada sebelumnya. Tapi, ada juga kemungkinan perubahan yang sebaliknya. Mudah-mudahan kita tidak tergolong didalam gologan yang sebaliknya itu. Memang tidak mudah untuk berubah dari sikap yang tidak baik kepada sikap yang baik, amat rumit, amat payah, amat perit, dan amat berat kerana banyak dugaan dan rintangan harus ditempuhi. Namun, segalanya berbalik kepada “diri sendiri”, bak kata pepatah “Di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan”. Jika kita mempunyai kemahuan untuk berubah lebih baik daripada hari semalam, sudah pasti kita perlu ada usaha yang berterusan [Istiqomah], berazam tidak akan mengulangi sikap yang lalu dan jangan lupa diiringi dengan doa dan tawaqal kepada-NYA. InsyaALLAH pasti dipermudahkan jalan bagi orang-orang yang mahu berusaha seperti itu. Mungkin benar, tidak dapat dinafikan, persekitaran memainkan peranan dalam mempengaruhi sikap seseorang. Namun, saya tetap pada pendirian bahawa “Diri Sendiri” adalah punca daripada segala perubahan sikap diri kita sendiri. Mengapa??? Ada satu kisah yang ingin aku kongsikan, sama-sama kita renungkan dan hayati. Pada suatu hari, seorang bunda mengajak anak perempuannya pergi ke dapur untuk sama-sama melihat kajian yang ingin dibuatnya. Kajian yang dibuat hanya menggunakan air, periuk, lobak dan telur ayam. Air dimasak di dalam periuk, apabila air mendidih, lobak dan telur ayam di masukkan ke dalam periuk. Lobak dan telur ayam diangkat setelah masak dan empuk. Pada mulanya lobak itu keras dan menjadi lembik setelah dimasak di dalam air. Begitu juga dengan telur ayam juga mengalami perubahan setelah di rebus di dalam air, dimana isi telur ayam yang bersifat cecair menjadi keras. Bunda itu sengaja membuat kajian itu di depan mata anaknya kerana ada sesuatu yang ingin diketengahkan dan diceritakan kepada anak perempuanya itu. “Mungkin setiap bunda ada cara masing-masing untuk menasihati dan memberi pengajaran kepada anak-anaknya, sehinggakan lobak dan telur ayam pun boleh dijadikan bahan contoh dan bahan perbandingan sikap manusia” aku bermonolog sendiri sambil tertawa, kih3… Resolusi yang aku dapat lihat daripada kajian yang bunda itu jalankan adalah lobak itu diumpamakan seperti manusia yang keras hatinya dan telur ayam pula diumpamakan seperti manusia yang mempunyai hati yang lembut dan bersih. Air di dalam periuk diibaratkan seperti persekitaran yang berlaku disekeliling kehidupan manusia. Sedangkan lobak dan telur ayam apabila dimasak didalam air akan mengalami perubahan, apatah lagi yang digelar “manusia”, sudah pasti juga megalami perubahan yang sama, bahkan mungkin mengalami perubahan yang amat ketara samada perubahan yang baik ataupun kurang baik. Contohnya, dalam kehidupan harian, bermacam-macam ragam “caractor” rakan dan sahabat yang dapat kita kenali. Daripada pergaulan itu, mungkin kita akan berubah menjadi lebih baik ataupun sebaliknya. Segalanya berbalik kepada “Diri sendiri” yang menentukan sikap dan sifat kita. Jadikan la diri sahabat seperti “Bola”, dibaling ke darat tetap menjadi bola, di baling ke laut juga tetap menjadi bola. Jangan jadi seperti “Lalang”, ditiup angin kekanan, ia kekanan. Ditiup angin kekiri, ia kekiri. Orang seperti lalang ini diibaratkan seperri tiada pendirian yang tetap dna terikut-ikut dengan gelombang persekitaran yang tidak menentu.

No comments: