Hari yang ditunggu-tunggu hanya tinggal menghitung 7hari sahaja. Hati ini tidak sabar menunggu ketibaan Aidiladha, tidak tahu mengapa? Seakan-akan ada sesuatu yang akan berlaku di luar jangkauanku. Sebelum menyambut Aidiladha, aku terlibat dengan Camp Jambori Remaja Islam 2009 di Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh, Batu Pahat. Sesampainya di Kem Pengakap Jubli Intan, aku terus bersalaman dengan sohibah2 yang sama-sama terlibat dengan camp ini . Lama rasanya tidak bersua, duduk berbual bertanya khabar sambil menjamah mee hoon goreng dan kuih putu beras buatan Diba, enak terasa di tekak, jauh di bawa Diba dari Johor Bahru. Aku hanya dapat membantu untuk persiapan awal dan juga pada hari pertama program sahaja, al-maqlum ada tuntutan kerja di Johor Bahru. Hati ini ingin sekali membantu sepenuhnya, namun tuntutan kerja lebih menyahutku, aku redho… maafkan aku wahai sahabat seperjuangan, aku tidak dapat membantu kalian sehingga ke akhir program, namun aku bangga mempunyai sababat seperti kalian, berjuang di jalan Allah… sehingga pagi hari rancanganku untuk pulang ke Johor Bahru, namun hati ini masih berbagi kerana kami kekurangan ‘Comitee’ dalam program tersebut. Sedang hayal beriadah pagi bersama-sama peserta, telefon bimbitku berbunyi… “Assalamua’laikum… kau kt mane kak? bila balik jb?” adikku memulakan salam. “Waa’laikumsalam wbt… aku kat tg.laboh, bp lagi… kenapa?” rigkas jawapanku. “aku nak bagitau ni, yek sakit, aku otw hantar yek pegi klinic, yek pitam” makin panjang perbualan kami. Yek (gelaran utk insan yang aku gelar sebagai Ayah) sakit, yek ada gejala darah tinggi. Hatiku terus berubah untuk pulang ke Johor Bahru pagi itu juga. Dengan segera aku mengemas barang-barangku dan minta seorang sahabatku menghantar aku ke stesen bas Batu Bahat. Kebetulan seorang sahabatku juga ingin pergi ke stesen bas Batu Pahat kerana ingin pulang ke Uiam Kampus Nilai, dia ada kuliyah pada petang hari tersebut. Sebelum bergerak ke stesen bas Batu Pahat, aku bersalaman dengan semua sohibah2 sebagai tanda penghormatan dan perpisahan sebelum aku meminta diri untuk pulang ke Johor Bahru. Diba pesan kepada aku “nanti cakap dengan zul, jangan balik lewat2, Diba nak guna kancil tu cepat”. “ok Diba… jangan risau” jawapanku menandakan memahami apa kehendak Diba. Kami berempat menaiki kereta kancil kepunyaan Diba, walaupun kereta kancil itu kecil, namun besar jasanya padaku, “terima kasih Diba, kerana memberi keinzinan untuk meminjamkan kereta kancil Diba tu…” Hatiku berbisik seakan-akan Diba di sebelahku, hi3… Jauh juga perjalanan dari Tg. Laboh ke Stesen bas Batu Pahat. Sampai sahaja di sana , aku ditemani Kak Has dan Fiqah terus menuju kaunter membeli tiket bas, Alhamdulillah ada bas yang bergerak ke Johor Bahru dalam masa itu juga. Kami berpisah dengan ucapan salam dakapan mesra seorang sahabat dan doa mengiringi antara satu sama lain, insyaALLAH… Lambaian selamat jalan dari Kak Has dan Fiqah menyapa hatiku, butiran permata menitis di pipi. Setiap yang bertemu pasti akan berpisah, aku redho… Selamat berjuang sahabatku, Doaku mengiringi kalian, insyaALLAH… Alhamdulillah, perjalanan lancar dan selamat, aku tidak sedar rupa-rupanya sudah sampai di Johor Bahru kerana aku terlelap di dalam bas, mungkin terlalu penat dan kurang tidur pada malam sebelumnya. Begini la keadaannya apabila berprogram, tidak pernah terpikir untuk tidur awal dan berehat panjang kerana tanggungjawab lebih banyak dari masa yang aku miliki. Sampai sahaja di Johor Bahru, tanpa berpikir apa, aku terus menaiki bas pulang ke rumah dengan perasaan yang cemas. Kelihatan yek tidur kelesuan dan pucat. Aku tidak mahu mengganggu lenanya. Mudah-mudahan dengan lena itu yek dapat beristirehat dengan secukupnya. Tanpa berlengah lagi, aku bersiap pula untuk memenuhi tuntutan kerja dan terpaksa meninggalkan yek dalam lenanya. Aku keluar rumah memenuhi tuntutan kerja dan meninggalkan yek didalam jagaan adikku. Selang empat hari aku pulang ke Johor Bahru, sedang sibuk di tempat kerja, tiba-tiba aku mendapat mesej pesanan ringkas dari sahabatku Nana “Salam, akk… nana dpt tau kak Diba excident dlm perjalanan balik dr Jambori ke Jb semalam jam6.00ptg…” Aku tersentak seketika dan terus menelefon Nana untuk menanyakan cerita yang sebenar tentang Diba. Keadaan Diba parah, keretanya hancur dan remuk, sekarang Diba berada di dalam ICU, HSA Jb. Kemalangan itu terjadi berketepatan dua hari sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha (08 Zulhijjah 1430h @ 25hb. November 2009). Keadaan di rumah aku agak sibuk dengan kerja-kerja persiapan awal sebelum sambutan Aidiladha. Burasak (makanan tradisi orang bugis), ketupan, Gogos (seperti pulut panggang), Ayam masak merah, daging masak kichap ditabur kacang, serondeng ikan, kiuh-muih dan juadah-juadah lain sibuk disediakan. Ada sejenis masakan yang mak tidak sempat masak untuk Aidiladha tahun ini iaitu Sup Tulang ‘ala2 Bugis’. Rasa sedih pun ada kerana masakan itu adalah kegemaran aku, namun aku redho… Mak aku kata, “tak pe la, insyaALLAH raya tahun depan mak buat… ni takde masa nak buat rempah” Dalam kesibukan itu, aku merancang untuk melawat Diba di HSA Jb, namun aku diberitahu oleh Sarah, bahawa Diba akan dibedah pada hari tersebut, mungkin makan masa yang panjang untuk proses pembedahan kakinya kerana Diba mula masuk bilik pembedahan tengahari itu. Aku membatalkan niat aku untuk melawati Diba, namun doa dan bacaan Selawat Syifa’ serta Surah Yaasiin aku sedeqahkan untuk Diba. Tulang empat kerat terus diusahakan untuk bekerja, menyiapkan persiapan Aidiladha. Semua ahli keluarga aku ada tuntutan kerja di luar. Sebelum keluar pergi memenuhi tuntutan kerja, sempat berborak sambil menganyam daun janur kelapa untuk dijadikan ketupat. Terlalu khusyuk bercerita dengan adik aku, sampaikan terlupa hendak pergi kerja, jadinya aku terlambat sedikit sampai di tempat kerja. Yek terpaksa ambil cuti kerja kerana terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan di rumah. Kebetulan adik aku masih dalam musim riadah sekolah. Hanya dua tenaga itu, yek dan adik aku sahaja yang bekerja keras menyusun setiap kerja yang ada dari pagi hingga tengahari. Walaupun yek penat, dia tidak pernah mahu melihatkan kelelahannya dan terus mengandalkan tulang empat keratnya. Lain pula ceritanya dengan adik bungsu aku yang seorang itu, kerja tetap dilaksanakan tetapi apabila ditanya olehku, sepatah kata pun tidak akan pernah keluar dari mulutnya kerana itu sudah menjadi kebiasaannya apabila dia penat. Kasihan benar melihatnya seakan-akan menjadi ‘bibiq’ di rumah. Sabar la wahai adikku, imbalanya pasti ada di Akhirat kelak, insyaALLAH… Mak dan aku pulang ke rumah dalam waktu zohor, kurang sedikit keluhan yek dan adik kerana ahlinya sudah bertambah. Suasana Aidiladha makin terasa apabila Taqbir Raya sahut-sahutan kedengaran pada malam raya. Alhamdulillah… Aku masih diberi peluang, ruang dan kesempatan untuk berjemaah Solat maghrib bersama keluarga yang diimami oleh yek (ayah) aku sendiri. Selepas solat berjemaah Maghrib, yek memulakan Taqbir Raya. Sayu hati ini, butiran permata bergelimang di dalam kolam mata kerana menahan sebak, gembira bercampur-baur keterharuan terasa. Namun aku tetap bersyuqur kehadrat-NYA di atas peluang, ruang dan kesempatan yang diberikan. Selepas Solat maghrib, menyambung persiapan akhir yang masih belum selesai. Tepat jam11.55 Malam ada panggilan dari saudaraku mengatakan saudaraku sedang tenat dan minta yek untuk datang ke rumahnya. Saudaraku itu sudah lama mengidap penyakit agak kronik. Minggu sebelum itu, aku sekeluarga bersama keluarga nenek pergi melawatnya, pucat dan lesu kelihatan saudaraku itu, kurus kering badannya, lemah tidak bermaya. Dengan kadar yang segera yek terus bersiap dan bergerak ke rumah saudaraku bersama abang aku. Jam12.15 Pagi sempat ke rumah nenek di sebelah rumah, membantunya membungkus gogos (seperti pulut panggang) dengan daun pisang sehingga jam3.00Pagi. Kebetulan juga yek dan abang baru sahaja pulang dari melawat saudara aku yang sakit. Selesai sudah persiapan Aidiladha, waktunya aku meletakkan kepalaku di atas bantal, melenakan mataku agar dapat bangkit di pagi hari untuk Solat Sunat Aidiladha. Baru sahaja aku melelapkan mata, tidak sampai 5minit, mak buka pintu kamar tidur aku dan memberitahu Saudaraku sudah meninggal dunia… Al-Fatihah… Keadaan menjadi sayu, apakan tidaknya pagi raya disambut dengan berita kematian saudaraku. Kehidupan perlu diteruskan, yang pergi pasti tidak akan kembali lagi, yang masih hidup perlu meneruskan kehidupan sepertimana yang biasa kerana masih banyak tanggungjawab yang belum dilaksanakan. Sebelum melelapkan mata, aku sempat ‘Forward sms’ kepada saudara-mara aku untuk mengabari perkhabaran duka ini. Jam menunjukkan jam4.00 Pagi, tanggungjawab sudah dilaksanakan, sudah waktunya aku dalam lena. Seawal jam6.00 Pagi, mak mengejutkan kami adik beradik. Dalam keadaan separuh sedar, aku menarik tuala yang tergantung dan terus masuk ke bilk air. Mimpiku tersentak kerana tempias air paip, aku tergelak sendiri, kih3… Hening pagi Aidiladha begitu tenang, Taqbir Raya berkumandang tiada henti. Alhamdulillah… sekali lagi aku diberi peluang, ruang dan kesempatan untuk menunaikan Solat Sunat Aidiladha 1430h. Indah, damai, tenang… itu yang aku lihat suasana Aidiladha pagi itu. Ramai sungguh yang berbaju putih dan hitam, lain kelihatan, mungkin kerana ini raya Aidiladha, sepertimana jemaah haji di Mekah semuanya berbaju putih, bersih dan suci. Pulang sahaja dari Solat Sunat Aidiladha, sesi salam-salaman dan meminta maaf antara ahli keluarga aku bermula. Keharuan bersarang dihatiku, terkenang dosa-dosa lalu adakah terampuni atau pun tidak? “Mak… Yek… Jannah minta ampun kalau ada silap dan salah…” ungkapan ikhlas dari lubuk hatiku. Kesibukan pagi raya di rumah aku tidak seperti yang biasa, sepi dan sunyi dari kunjungan saudara-maraku. Mungkin kerana ada kematian saudaraku, mereka semua menziarahi Almarhum. Kala senja hadir, masih lagi kelihatan sunyi ruang tamu rumahku. Untuk jemaah Maghrib kali kedua, aku dan keluarga dapat bertaqbir lagi bersama, Alhamdulillah… Jam8.30 Malam baru la saudara-mara aku datang berkunjung sebagai tanda SilaturRahim di Aidiladha. Kesunyian setiap sudut rumahku tiba-tiba berubah menjadi meriah dengan pelbagai karenah anak-anak saudara dan lain pula dengan orang-orang tua bertukar-tukar cerita dan pendapat masing-masing. Senyuman kembali terukir melihat keceriaan dan kegembiraan Saudara-maraku di Aidiladha. Keesokan harinya merancang untuk ke rumah atok dan nenek seawal pagi. Namun, kerana saling menunggu masa bersiap antara satu sama lain, lambat jadinya pergi ke rumah atok dan nenek. Walaupun dengan menaiki kenderaan yang ‘paling panjang’, kami tetap selamat sampai ke rumah atok dan nenek. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Petang Adiladha yang kedua, sepulangnya dari rumah atok dan nenek, aku menyempatkan diri untuk melawat sahabatku Adibah Binti Ali (Diba) yang sedang dirawat di HSA Jb. Perjalananku kesana berseorangan, penuh dengan dugaan, tersalah melihat ‘bustop’ untuk menukar bas yang berlainan. Oleh kerana itu, aku terpaksa berjalan kaki agak jauh untuk pergi ‘bustop’ yang dicari. Almaqlum sudah lama tidak menjejakkan kaki menaiki bas ke HSA Jb, aku terlupa jalannya. Tepat Adzan Asar aku sampai di HSA Jb, Solat Asar sebentar dan terus pergi mencari wad yang menempatkan Diba. Sanak-saudara dan teman taulan mengelilingi katilnya. Aku hanya melihat kelibat Faridah dan terus mendekatinya. Genggaman salam dan dakapan sorang sahabat memulakan pertemuan aku dan Faridah. Tiba-tiba hatiku terasa sebak melihat keadaan Diba yang tidak bermaya, longlai terbaring dengan pakaian berwarna hijau, kaki kirinya berbalut, kaki kananya terbedah dan berisi besi didalamnya, dagunya berjahit, kedua-dua belah tangannya berjarum, kedua-dua belah pergelangan tangannya kelihatan memegang kepala seakan-akan menahan sakit, mukanya pucat dan lesu. Jangankan bangkit dari katil, duduk pun Diba tidak mampu lakukan lagi. Diba sedang berjuang di medan ujian ALLAH. Perkenalan aku dan Diba masih baru, namun aku merasakan ukhwah antara kami seakan-akan sudah berkenalan lama.Aku benar-benar tidak menyangka kereta kancil yang telah berjasa kepada aku sebelum itu telah meragut keceriaan sahabatku Diba. Terkenang keenakan mee hoon goreng dan kuih putu beras buatan Diba, aku pujuk hati yang sedang haru. “Ya ALLAH… sakit… Ya ALLAH… sakit… Ya ALLAH… sakit… Mak, tolong kak cik, sakit mak…” Itu la rintihan sahabatku menahan kesakitan setiap luka yang ada. Aku yang melihatnya pun terasa perit dan tidak termampu, apatah lagi apabila aku yang berada dalam keadaan Diba, Wallahua’lam… hanya ALLAH yang mengerti kesakitan dan keperitan yang ditanggung oleh Diba. Sabar la wahai sahabatku… Doa sohib dan sohibah mu pasti sentiasa dipanjatkan agar dapat mengiringimu untuk mendapatkan kekuatan menghadapi ujian dari ALLAH ini. Aku terpaksa pulang kerana senja hampir melabuhkan tirai, Doa seorang sahabat mengiringi langkahku keluar dari HSA Jb…
No comments:
Post a Comment